PMX imamkan solat jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub

LocalPolitics
24 Jul 2023 • 1:08 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PONTIAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Haji Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di Serkat hari ini.

Solat jenazah itu diikuti seramai lebih 500 jemaah.

Solat jenazah merupakan salah satu fardhu kifayah ke atas diri seorang muslim terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia.

Ia merupakan tuntutan yang besar di sisi Allah SWT untuk memberi penghormatan terakhir.

Perdana Menteri tiba kira-kira jam 11 pagi dengan diiringi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Terdahulu, turut kelihatan beberapa menteri Kabinet, antaranya Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan menghadiri solat jenazah.

Beberapa pemimpin politik antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Guan Eng, Naib Pengerusi parti Amanah Dr Dzulkefly Ahmad, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat di sini.

image is not available

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu meninggal dunia pada umur 61 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada pukul 9:23 malam tadi (Ahad), setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.

image is not available