Jenazah Tun Hasmah tiba ke Masjid As-Syarif untuk dimandi, dikafankan

28 Sep 2026 • 3:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jenazah Tun Hasmah tiba ke Masjid As-Syarif untuk dimandi, dikafankan

SERDANG: Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah kira-kira pukul 3 petang untuk dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan selepas Asar nanti.

Kira-kira 500 hadirin tiba di masjid tersebut bagi memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu kemudiannya akan dibawa ke Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya untuk dikebumikan.

Terdahulu, Dr. Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.20 pagi tadi.

Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir.-UTUSAN

The post Jenazah Tun Hasmah tiba ke Masjid As-Syarif untuk dimandi, dikafankan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved