Jennie BLACKPINK Umum Tubuhkan Agensi Sendiri Untuk Urus Karier Solo

Music
24 Dec 2023 • 2:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selebriti terkenal, Jennie BLACKPINK menerusi Instagramnya mengumumkan telah menubuhkan syarikat agensi sendiri secara rasmi.

Dalam perkongsian tersebut, Jennie mengucapkan terima kasih diatas semua sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang tempoh dia berkarya.

Permulaan jalani karier solo

Dia juga memaklumkan yang tahun 2024 adalah permulaan untuknya menjalani karier solo bersama syarikat ditubuhkan olehnya sendiri dikenali sebagai OA.

“Tahun ini dipenuhi dengan banyak pencapaian, dan saya sangat berterima kasih atas semua cinta yang saya terima.

Saya juga teruja dengan apa yang akan datang berlaku kerana saya akan memulakan perjalanan solo saya pada tahun 2024 dengan sebuah syarikat yang telah saya tubuhkan bernama OA.

image is not available

Harap peminat tetap beri sokongan

Susulan daripada itu, dia berharap agar para peminat dapat menyokong OA, karier solonya serta tentunya BLACKPINK.

Tolong tunjukkan rasa cinta untuk permulaan baru saya dengan OA dan sudah tentu, BLACKPINK. Terima kasih,” tulisnya ringkas.

image is not available

Walau bagaimanapun, dia tetap bersama YG Entertainment untuk aktiviti seninya bersama BLACKPINK selepas keempat-empat ahli kumpulan tersebut memperbaharui kontrak bersama syarikat pengurusan berkenaan.

Manakala, hanya karier solonya sahaja yang akan diuruskan oleh OA.

Sumber: Instagram jennierubyjane