Jenny menyerlah di Karnival Taekwondo

22 Jan 2025 • 2:43 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Komitmen dan kerja keras selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil buat Jenny Gnuline Fredoline George Jinawat apabila menggondol pingat emas pada Kejohanan Karnival Taekwondo Peringkat Negeri Sabah kali ke-2 yang berlangsung di Kompleks Sukan Ranau dari 17 hingga 20 Jan.

Pelajar SK Puun Tunoh Penampang berusia 13 tahun yang mewakili Kelab Taekwondo Beaufort Kampung Terawi Penampang itu merangkul kejuaraan Fin 12-14 Perempuan dalam pertandingan empat hari tersebut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Berasal dari Kampung Botung Kandazon, Penampang, Jenny yang telah menjalani latihan di bawah jurulatih Ezyrol Syafiq @ Joy Peter sejak tiga tahun lalu bangga dengan pencapaiannya dan berazam untuk memburu lebih banyak kejayaan di peringkat lebih tinggi.

Dia menganggap kejayaannya kerana sokongan dan galakan yang diberikan oleh bapanya Fredoline, yang merupakan bekas peninju dan atlet seni mempertahankan diri.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jenny juga berharap lebih banyak penaja tampil membantu kelab menyediakan peralatan yang diperlukan untuk latihan dan pertandingan berikutan kejayaan mereka memenangi keseluruhan tiga emas, satu perak dan tiga gangsa.

Pemenang pingat emas lain ialah Isabelle Chloe Sorman (9-11/Welter) dan Siti Fatiha Safwa Basius (12-14/Welter), manakala perak disumbangkan oleh Gwenn Florian Jipony (9-11/Middle) dan pingat gangsa diperoleh daripada Nurul Aqilah Qaisarah Shahryil (9-11/Bantam), Vincent Shannon Voo (12-14/Bantam) dan McDeo Benth Decampo (12-14/Feather).

View Original Article