Jentayu peroleh modal RM10.8 juta percepat projek hidro Oriole dibina bersama Yayasan Sabah

LocalBusiness & Finance
26 Jun 2026 • 9:40 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jentayu peroleh modal RM10.8 juta percepat projek hidro Oriole dibina bersama Yayasan Sabah Image from: Jentayu peroleh modal RM10.8 juta percepat projek hidro Oriole dibina bersama Yayasan Sabah amree26/06/2026 - 09:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 JunJentayu Sustainables Berhad berjaya memperoleh suntikan modal baharu sebanyak RM10.8 juta dalam usaha mempercepatkan pembangunan projek hidro utamanya di Sabah.

 

Dana diraih menerusi penerbitan saham keutamaan boleh tebus terkumpul (RPS) oleh anak syarikatnya, Oriole Hydro Padas Sdn Bhd, kepada syarikat milik Yayasan Sabah, Inno Hydropower Padas Sdn Bhd.

 

Kumpulan tersebut dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, sebanyak 10.8 juta RPS diterbitkan pada harga RM1 sesaham, sekali gus menjadikan nilai langganan keseluruhan berjumlah RM10.8 juta.

 

"Hasil terbitan RPS ini akan digunakan bagi membiayai sumbangan ekuiti untuk pembangunan sebuah loji hidroelektrik model aliran sungai yang berkapasiti 162 megawatt (MW) di Sabah," tambahnya lagi.

 

Projek berkenaan, yang dikenali sebagai Project Oriole, merupakan kerja-kerja hidro utama kumpulan berkenaan serta dibangunkan menerusi Oriole Hydro, syarikat usaha sama (JV) dimiliki 70% oleh Jentayu.

 

Sementara baki 30% lagi pegangan dalam Oriole Hydro itu ujar kumpulan tersebut, dimiliki oleh Sabah Electricity Sdn Bhd yang menguasai sebanyak 20% manakala Yayasan Sabah memegang 10% ekuiti.

 

Jentayu_DagangNews2026

 

Di samping itu, langganan penerbitan saham tersebut ujar Jentayu, dimeterai secara rasmi menerusi perjanjian yang ditandatangani antara Oriole Hydro dan Inno Hydropower.

 

RPS yang diterbitkan menawarkan dividen tahunan 16% daripada jumlah langganan, manakala sebarang dividen belum dibayar akan dikumpulkan tanpa faedah selagi instrumen tersebut masih belum ditebus.

 

Tempoh matang RPS itu adalah hingga tamat perjanjian pembelian tenaga (PPA) atau 40 tahun selepas tarikh operasi komersial projek, yang mana lebih lewat, dengan penebusan tertakluk kepada pilihan.

 

Terdahulu, Jentayu pernah memaklumkan tarikh operasi komersial Project Oriole itu dilanjutkan kepada 30 April 2030 berbanding sasaran asal ditetapkan menjelang penghujung Disember 2029.

 

Pada penutupan dagangan 25 Jun 2026, saham kumpulan itu susut 0.5 sen atau 1.92% kepada 25.5 sen sesaham, sekali gus memberikan syarikat nilai pasaran sebanyak RM138.84 juta. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved