Jentayu Sustainables tarik balik saman terhadap Felda selepas notis penamatan dibatalkan

LocalBusiness & Finance
21 Jul 2026 • 3:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jentayu Sustainables tarik balik saman terhadap Felda selepas notis penamatan dibatalkan Image from: Jentayu Sustainables tarik balik saman terhadap Felda selepas notis penamatan dibatalkan hamden21/07/2026 - 15:18 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jentayu Sustainables Bhd (JSB) menarik balik prosiding undang-undang terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selepas agensi berkanun itu membatalkan notis penamatan perjanjian yang dikeluarkan sebelum ini.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini, kumpulan tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur itu berkata, pihaknya menerima surat daripada Felda pada 2 Julai 2026 yang mengesahkan bahawa Notis Penamatan bertarikh 26 Februari 2026 telah ditarik balik.

 

Susulan perkembangan itu, JSB memfailkan Notis Penghentian Prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 16 Julai 2026, sekali gus menamatkan saman pemula yang difailkan terhadap Felda.

 

Menurut syarikat itu, prosiding undang-undang berkenaan dihentikan tanpa sebarang pengakuan liabiliti oleh Felda dan tanpa sebarang perintah mengenai kos.

 

Ini bermakna kedua-dua pihak akan menanggung sendiri kos dan perbelanjaan guaman masing-masing.

 

JSB berkata, pihaknya sebelum ini telah memaklumkan perkembangan berkaitan litigasi tersebut kepada pemegang saham menerusi beberapa pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia antara Mei hingga Julai 2026.

 

Penarikan balik tindakan undang-undang itu menandakan penyelesaian terhadap pertikaian yang timbul susulan notis penamatan perjanjian yang dikeluarkan Felda pada Februari lalu. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved