Jentera pilihan raya bersama akan diwujud di Tuaran

Politics
4 Nov 2022 • 12:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Bersatu dan Umno di sini akan membentuk jentera pilihan raya bersama di Sulaman dan Pantai Dalit bagi memastikan kemenangan calon Parlimen Tuaran Datuk Joniston Bangkuai.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata kedua-dua parti itu akan bekerja keras untuk memastikan calon GRS menang selesa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 di sini.

Bercakap pada majlis perhimpunan bersama pemimpin Umno bahagian Tuaran dan Bersatu Tuaran di Dewan Seri Sulaman di sini, Hajiji berkata keputusan meletakkan Joniston yang merupakan Adun Kiulu daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dibuat demi kepentingan pengundi.

GRS ditubuhkan atas persefahaman bahawa sudah tiba masanya untuk semua bekerjasama membangunkan Sabah, katanya.

“Kita tidak boleh mengulangi kesilapan lalu. Terlalu banyak berpolitik sehingga tanggungjawab membangunkan Negeri tidak dilaksanakan,” katanya.

Ketua Menteri menambah, punca Sabah menjadi negeri kedua termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber yang banyak adalah disebabkan terlalu banyak perbalahan politik.

“Jadi sudah tiba masanya kita menghentikan perbalahan politik ini dan menumpukan perhatian untuk membangunkan negeri ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai yang merupakan calon GRS bagi Tuaran; Ketua Umno Tuaran dan calon Barisan Nasional bagi Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya yang merupakan Timbalan Ketua Umno Tuaran dan Adun Pantai Dalit.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.