Jentera pilihan raya DUN Sungai Tua dilancar, Amirudin serah watikah kepada PDM

10 Jul 2023 • 12:21 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 9 JULAI: Jentera Pilihan Raya Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) bulan depan dilancar malam ini.

Pelancaran berlangsung di Padang Awam Batu Caves di sini, disempurnakan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) negeri Dato’ Seri Amirudin Shari.

Sebagai simbolik pelancaran, Amirudin yang juga penyandang kerusi DUN bersama penyelaras Barisan Nasional DUN Rashid Aspur menyerahkan watikah kepada wakil jentera pusat daerah mengundi.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama jentera pilihan raya DUN Sungai Tua pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 9 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Malam ini semua jentera perpaduan di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu dilancarkan serentak.

Jumaat lalu, Pengerusi HARAPAN yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melancarkan Jentera Perpaduan Selangor di Bandar Baru Bangi, Hulu Langat.

Rabu lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi bagi PRN enam negeri.

image is not available
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama jentera pilihan raya DUN Sungai Tua pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perpaduan DUN Sungai Tua di Padang Awam Batu Caves pada 9 Julai 2023. FOTO/MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Hari penamaan calon ditetapkan 29 Julai sementara pengundian awal 8 Ogos dengan tempoh berkempen selama dua minggu.