“Jenuh Berlatih Bahu”- Suami Yuna Zainal & InTeam Tampil Buat Video Parodi Bikin Pecah Perut [Video]

EntertainmentLifestyle
21 May 2025 • 5:24 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Video parodi merupakan salah satu konten kelakar yang dibuat oleh orang ramai untuk berhibur.

Malah ada konten parodi dari segelintir pencipta kandungan yang dinanti-nantikan oleh peminatnya.

Video seperti ini hanyalah sekadar gurauan untuk menghiburkan orang ramai.

Video parodi bersama kumpulan InTeam raih perhatian

Baru-baru ini suami kepada pengacara Yuna Zainal iaitu Ansari Ramli, telah menarik perhatian ramai apabila membuat video parodi bersama dengan kumpulan nasyid InTeam sehingga meraih perhatian ramai.

Ansari juga sebelum ini terkenal dengan video parodi ala-ala video klip yang dilakukan secara ‘miming’.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya dia menunjukkan Point Of View (POV) kegembiraan apabila isteri membayarkan makanan suami apabila berada di restoran.

Dalam video itu, pada mulanya Ansari telah bangun untuk membasuh tangannya selepas makan.

Sewaktu suami membasuh tangan, si isteri kemudiannya bangun untuk membayar makanan mereka.

Terharu dengan kebaikan isteri, Ansari kemudiannya secara berseloroh menyanyikan lagu Nur Kasih dengan lirik bermula ‘Bagaikan permata di celahan kaca’.

Siap tukar baju dan ada kemunculan InTeam

Malah seiring dengan muzik dia dan Yuna dilihat menukar pakaian kepada warna putih untuk menunjukkan kemurnian perbuatan seorang isteri.

Apa yang lebih menarik, penyanyi sebenar iaitu InTeam kemudiannya turut muncul menyertai mereka dalam MV parodi tersebut.

Malah kelihatan Mohd Syahril Abdul Khalid, Hisyam Ahmad, dan Abdul Rahim Osman begitu bersungguh-sungguh menyanyikan lagu berkenaan.

Bukan hanya itu mereka turut kelihatan melakukan beberapa gaya dan begitu bersungguh-sungguh menyanyi.

@ansariramlii Lepasni @Yuna Zainal bolehla belanja tiket konsert @Inteam_Official pulak 🥰 @sweet boys #isteribelanjasuami #inteam #sweetboys ♬ original sound – Papa Ayie

Ramai terhibur lihat kemunculan kumpulan InTeam

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat kumpulan nasyid itu bersama Ansari.

Malah ada yang suka melihat pergerakan bahu dan mengatakan ia seperti karakter Fei Mao.

Salah seorang anggota In-Team iaitu Amin turut meluahkan mereka berusaha berlatih membuat pergerakan bahu namun hasilnya masih tidak sama.

“Tolonglah jangan rosakkan kumpulan nasyid, hari tu UNIC, ni InTeam pula dah”

image is not available

“Jenuh berlatih bahu, tak sama juga hasilnya”

image is not available

“Mak aih, real In-Team datang”

image is not available

“Sekarang nak tanya bila masa tukar-tukar baju tu bang.. Bila semua-semua kumpulan ni datang kedai yang sama. Dan bila abang-abang mamak pergi rehearsal. Aduh terhibur aku dalam kekeliruan”

image is not available

View Original Article