Jeon Somin Kelihatan Bahagia Jalani Rakaman Terakhir ‘Running Man’

30 Oct 2023 • 6:35 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sedihnya apabila teringat bahawa hari ini ialah hari terakhir Jeon So-min bersama “Running Man” selepas 6 tahun berlari.

Bagi yang tidak mengetahui, pelakon wanita itu membuat keputusan untuk meninggalkan rancangan berkenaan bagi berehat seketika dan mengumpul tenaga sebelum kembali aktif dalam dunia seni, terutamanya bidang lakonan.

Tidak mahu mematahkan semangat semua, Jeon So-min telah memuat naik videonya tersenyum gembira di Instagram sebelum dia menyertai rakaman terakhir bersama program itu.

Rata-rata penonton berasa sebak namun memberikan ucapan supaya pelakon wanita itu akan baik-baik sahaja selepas ini.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.