Jep Sepahtu umum tinggalkan Sinar FM – “Jumaat terakhir aku di sini”

LocalEntertainment
23 Jan 2026 • 3:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengumumkan tidak lagi bersama stesen radio Suria FM setelah berkhidmat selama 10 tahun.

Tinggalkan Sinar FM

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Mohd Nadzri Zainal Abidin memaklumkan pengundurannya sebagai penyampai radio dalam segmen Pagi Di Sinar dan menzahirkan ucapan terima kasih kerana telah memberi peluang kepadanya mencari rezeki.

“Hari Jumaat terakhir aku di sini. Alhamdulillah izin Allah 10 tahun tumpang cari rezeki kat sini. Dari bujang, kahwin, sampailah dah ada anak.
“Terima kasih @sinar_my untuk jasa yang tak terbalas. Ini ex boss aku, aku anggap dia mcm kakak sendiri sebab hormat aku lebih tinggi dari jawatan dia.
“Terima kasih @shidahkhasim untuk segala kebaikan kau buat aku. Sampai jumpa lagi,” tulis Jep, hari ini.

Dalam pada itu, dia menjelsakan keputusan itu dibuat atas kerelaan hati dan bukannya diberhentikan seperti yang didakwa segelintir pihak.

image is not available

“Saya bukan diberhentikan, jangan salahkan Sinar. Saya yang tak nak sambung, terus menyokong Sinar FM ya,” jelasnya.

Artikel lain: Sambut hari lahir, Jep Sepahtu kongsi hashtag #anaksyurga -“Akan aku jaga amanah ini”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan pengumuman itu dan mengakui tiada lagi yang akan menceriakan pagi mereka menerusi segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim dan Ray.

Nak dengar apa lepas ni?

image is not available

Tak best dah Sinar

image is not available

Sedihnya

image is not available

Sumber: Instagram jepsepahtu