“Jangan Salahkan Sinar” – Jep Sepahtu Nafi Diberhentikan, Jelaskan Punca Tinggalkan Sinar

EntertainmentLifestyle
23 Jan 2026 • 12:05 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Lepas 10 tahun mencurahkan bakti sebagai penyampai radio di Sinar, Jep Sepahtu akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada stesen yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Menjawab pertanyaan peminat yang menyangka dia diberhentikan kerja, Jep tampil menjelaskan perkara sebenar di ruangan komen.

Katanya, keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan dibuat atas kehendak sendiri.

image is not available

Dalam masa yang sama, Jep memohon orang ramai tidak menyalahkan pihak radio dan terus menyokong stesen radio tersebut.

Rakan-rakan selebriti dan peminat turut membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar perjalanan baharu Jep dipermudahkan.

Malah, ramai yang sudah mula merindui kehadiran Jep di konti Sinar.

Pssttt! Keputusan untuk berundur daripada zon selesa bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi setelah 10 tahun bersama. Tapi kalau itu yang terbaik untuk diri dan keluarga, kami doakan segalanya lancar buat Jep. Yang penting, ini bukan perpisahan sebab diberhentikan ya!

Kredit: Instagram Jep Sepahtu
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Jangan Salahkan Sinar” – Jep Sepahtu Nafi Diberhentikan, Jelaskan Punca Tinggalkan Sinar appeared first on Oh! Media.