Jepun lancar kapal angkasa ke bulan planet Marikh

WorldSpace
20 Oct 2026 • 10:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jepun lancar kapal angkasa ke bulan planet Marikh

TOKYO – Jepun mencipta sejarah baharu dalam bidang penerokaan angkasa lepas selepas berjaya melancarkan kapal angkasa tanpa pemandu yang menjadi misi pertama mengumpul sampel dari salah satu bulan planet Marikh, semalam.

Pelancaran itu berpotensi besar membantu para saintis merungkai asal usul pembentukan Sistem Suria serta sejarah kewujudan hidupan di Bumi.

Menurut Agensi Penjelajahan Angkasa Lepas Jepun (JAXA) roket flagship H3 yang membawa yang membawa prob tanpa pemandu Martian Moons eXploration (MMX)  berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima pada pukul 4:41 pagi (waktu tempatan).

Lebih sejam kemudian, JAXA mengesahkan prob tersebut berjaya terpisah daripada roket H3 dan kini secara rasmi memulakan perjalanannya ke sistem Marikh.

Kapal angkasa MMX dijangka tiba berhampiran Marikh sekitar Ogos tahun depan untuk mengorbit salah satu bulannya, Phobos. – AFP

The post Jepun lancar kapal angkasa ke bulan planet Marikh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved