Jepun Mungkin Mengharamkan Jualan Google Pixel 9 Kerana Isu Paten

TechnologyDigital
30 Jun 2025 • 9:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Pixel 9 ialah model paling mercu ditawarkan di pasaran tetapi di Jepun ia mungkin akan diharamkan jualannya. Mahkamah Jepun mendapati Google melanggar paten peranti berhubung dengan menara komunikasi menggunakan LTE yang dipegang oleh Pantech, sebuah syarikat Korea Selatan. Google didapati tidak membayar nilai yang berpatutan untuk mendapatkan lesen menggunakan paten ini.

image is not available
Google Pixel 7

Google enggan mendedahkan angka jualan Pixel 7 dan membayar royalti yang berpatutan. Pantech segera memfailkan saman ke atas Google yang juga menggunakan teknologi yang sama pada siri Pixel 8 dan Pixel 9. Dalam kemelut pelanggaran paten, isu seperti ini adalah amat lazim.

Beberapa tahun lalu beberapa peranti di bawah payung BBK Electronics ditarik daripada pasaran Jerman kerana saman yang difailkan oleh Nokia. Ia kemudian diselesaikan di luar mahkamah oleh kedua-dua syarikat dengan pelesenan baharu.