Jepun pertimbang ambil tindakan terhadap larangan import makanan laut China

29 Aug 2023 • 4:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TOKYO: Tokyo sedang mempertimbangkan kemungkinan memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia dan mencadangkan langkah lain sebagai tindak balas terhadap larangan import makanan laut yang dikenakan China ke atas Jepun selepas ia memutuskan untuk melepaskan air terawat daripada loji nuklear Fukushima, lapor Sputnik.

Agensi Berita Kyodo melaporkan dengan memetik Menteri Negara Jepun bagi Keselamatan Ekonomi Sanae Takaichi, kerajaan Jepun merancang untuk meneruskan tuntutan mahkamah sekiranya prospek diplomatik lain terbukti tidak berkesan.

Terdahulu, Menteri Luar Jepun Hayashi Yoshimasa berkata Tokyo bertekad untuk mengkaji semula semua pilihan yang mungkin untuk melindungi kepentingan perniagaan Jepun berdasarkan larangan yang dikenakan.

Pada 24 Ogos, Jepun mula membuang air sisa terawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik, setelah mencairkannya dengan air laut terlebih dahulu.

Sebagai tindak balas, pihak berkuasa kastam China mengumumkan penggantungan semua import makanan laut dari Jepun.

Keputusan Jepun untuk melepaskan air tercemar nuklear yang dirawat ke Lautan Pasifik berdepan kritikan dari China yang bimbang akan pencemaran radioaktif.

Beijing telah menentang sekeras-kerasnya pelepasan air dan menuntut Jepun menghentikan “perbuatan salah” itu.

Sementara itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa berkata air sisa yang dirawat akan memberikan kesan radiologi yang tidak signifikan terhadap manusia dan alam sekitar. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved