Jerayawara Acer Day 2026 Kini Berlangsung Di Mid Valley Megamall Sehingga 12 Jun

TechnologySales & Promo
6 Jul 2026 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acer ialah sebuah jenama teknologi yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia, yang mana mereka telah bertapak di negara ini untuk sekian lama. Sepanjang minggu ini, Acer Malaysia mengadakan jerayawara Acer Day 2026 di Centre Court, Mid Valley Megamall yang merupakan acara tahunan mereka yang mana mereka menawarkan pelbagai produk-produk sedia ada dan baru dengan diskaun-diskaun yang cukup menarik sekali.

Image from: Jerayawara Acer Day 2026 Kini Berlangsung Di Mid Valley Megamall Sehingga 12 Jun

Seperti acara-cara Acer Day sebelum ini, Acer Malaysia menawarkan jualan untuk produk-produk mereka seperti siri komputer desktop dan komputer riba gaming dan produktiviti; aksesori gaming seperti papan kekunci, tetikus dan fon kepala; paparan skrin dan juga perkakasan rumah di bawah jenama Acerpure.

Image from: Jerayawara Acer Day 2026 Kini Berlangsung Di Mid Valley Megamall Sehingga 12 Jun

Acara Acer Day 2026 hadir dengan tema Shift The Game yang memberi tumpuan kepada kepada pengalaman gaya hidup, termasuklah gaya hidup aktif, keriangan sekeluarga, kemampanan, pengalaman AI dan ganjaran istimewa
kepada para pelanggan.

Image from: Jerayawara Acer Day 2026 Kini Berlangsung Di Mid Valley Megamall Sehingga 12 Jun

Selain daripada penawaran pelbagai model komputer oleh Acer, Predator dan Nitro, Acer Malaysia juga memperlihatkan penawaran daripada jenama kelengkapan rumah Acerpure seperti kipas, penapis air, penggoreng kering dan sebagainya yang bukan sahaja memenuhi keperluan perkomputeran pengguna, tetapi juga seisi keluarga dengan pelbagai penawaran lain juga.

Image from: Jerayawara Acer Day 2026 Kini Berlangsung Di Mid Valley Megamall Sehingga 12 Jun

Selari dengan tema Shift The Game untuk tahun ini, Acer Day 2026 juga memperlihatkan beberapa aktiviti gaya hidup sihat yang membolehkan pengguna untuk mendapatkan hadiah percuma tambahan apabila mereka melengkapkannya.

Image from: Jerayawara Acer Day 2026 Kini Berlangsung Di Mid Valley Megamall Sehingga 12 Jun

Selain daripada harga jualan produk yang lebih murah, Acer Malaysia turut menawarkan pelbagai hadiah tambahan seperti baucar Adidas bernilai RM200, baucar pembelian di laman web Acer Malaysia eStore, produk dan perkakasan Acer ataupun Acerpure dan peluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan ke Busan, Korea Selatan bernilai RM25 ribu termasuklah tiket penerbangan, penginapan dan juga akses ke acara VCT2 Pacific Stage 2 Finals.

Seperti yang dikatakan, jerayawara Acer Day 2026 kini berlangsung bermula hari ini, 6 Julai 2026 ke 12 Julai 2026 di Centre Court, Midvalley Megamall.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved