Boost Tambah Baik Fungsi Boba AI Untuk Penggunaan Lebih Baik

TechnologyDigital
6 Jul 2026 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak Januari 2026, lebih 30,000 pelanggan telah menggunakan Boba AI dengan hampir 100,000 permintaan. Hal ini menunjukkan bahawa pengguna Boost semakin bergantung kepada Boba AI yang bukan sekadar menjawab soalan tetapi turut memberikan bantuan dalam menguruskan tugasan mereka. Untuk konteks, Boba AI ialah chatbot di bawah Boost yang direka bagi memudahkan urusan perbankan harian tanpa perlu menunggu ejen manusia.

Image from: Boost Tambah Baik Fungsi Boba AI Untuk Penggunaan Lebih Baik

Menyedari hal tersebut, mereka kini memperkenalkan versi Boba AI yang dipertingkatkan dengan ciri Agentic AI. Maksudnya, AI ini bukan sahaja berfungsi untuk menjawab soalan, malah turut berupaya membantu melaksanakan tugasan bagi pelanggan. Melalui talian suara yang beroperasi 24 jam, Boba AI dapat memahami arahan suara dan seterusnya menyelesaikan pertanyaan dengan pantas tanpa perlu menunggu ejen manusia. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Boba Voice, iaitu talian suara AI yang boleh diakses sepanjang masa melalui nombor +603 8658 3000.

Image from: Boost Tambah Baik Fungsi Boba AI Untuk Penggunaan Lebih Baik

Pada masa yang sama, dalam aplikasi Boost dan Boost Bank pula, Boba AI kini berupaya membantu pelanggan membuka akaun, mendaftar eKYC, membayar bil serta menyelesaikan pertanyaan dengan lebih mudah di mana semua ini dapat dilakukan hanya melalui perbualan ringkas bersama AI. Boost turut menjelaskan bahawa teknologi AI ini bukan sahaja digunakan untuk pelanggan, malah turut dimanfaatkan secara dalaman melalui platform berpusat bagi pekerja.

Image from: Boost Tambah Baik Fungsi Boba AI Untuk Penggunaan Lebih Baik

Untuk menggalakkan penggunaan Boba AI, Boost turut menawarkan promosi berbentuk ganjaran kepada pengguna. Melalui misi tertentu yang dilengkapkan menggunakan Boba AI, pengguna boleh dapat lebih daripada 1000 Boost Stars. Mata ganjaran ini kemudiannya boleh ditebus untuk baucar, pembayaran bil serta pelbagai ganjaran lain yang layak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved