Jerayawara Xiaomi Smart Living Showcase Kini Berlangsung – Tawaran Diskaun Untuk Kelengkapan Elektronik Rumah

LocalSales & Promo
13 Aug 2025 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda sedang mencari produk-produk elektronik baru untuk menaiktarafkan ruangan di rumah atau pejabat anda, Xiaomi Malaysia kini sedang mengadakan jerayawara Xiaomi Smart Living Showcase yang memperlihatkan penawaran pelbagai produk-produk elektronik untuk memeriahkan rumah anda.

image is not available

Acara tersebut diadakan di pusat membeli-belah Setia City Mall bermula 13-17 Ogos 2025 dan memperlihatkan pelbagai jenis produk elektronik pintar seperti Xiaomi TV A 2026 Series, robot pembersih hampagas Xiaomi Robot Vacuum H40, Xiaomi Robot Vacuum S40, peti sejuk Mijia Refrigerator Cross Door 510L dan juga peranti-peranti pintar Xiaomi dan Redmi.

Di jerayawara ini, Xiaomi Malaysia turut memperkenalkan kombo jualan rumah pintar Xiaomi Smart Home Super Combo untuk produk-produk rumah, termasuklah televisyen pintar Xiaomi TV A Pro 65 2026, peti sejuk Mijia Refrigerator Cross Door 510L, penghawa dingin Mijia Air Conditioner Pro, mesin basuh Mijia Front Load Washer Dryer dan robot pembersih hampagas Xiaomi Robot Vacuum X20 pada harga RM7999 sahaja, iaitu gabungan diskaun 41 peratus berbanding harga asal RM13,595.

image is not available

Di acara ini, Xiaomi juga akan mengadakan cabutan bertuah untuk membolehkan pembeli di jerayawara ini untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM4599, termasuklah sebuah Xiaomi Smart Cooking Robot, Xiaomi TV A Pro 65 2026, Mijia Refrigerator Cross Door 510L dan lain-lain, dengan setiap pembelian yang bernilai RM1000 dan keatas.

Jualan diskaun harian juga akan diadakan sepanjang jerayawara ini, dengan produk-produk seperti Redmi Buds 5, Xiaomi Smart Band 5 dan sebagainya akan dijual pada harga yang cukup mampu-milik.

image is not available

Sepanjang bulan Ogos 2025, Xiaomi Malaysia juga akan menjual model peranti boleh-pakai tertentu pada harga yang lebih murah, termasuklah:

ProdukHarga AsalHarga Promosi
Xiaomi Watch 2 ProRM 1,199RM 799
Xiaomi Watch S4(Black and Silver)RM 699RM 519
Xiaomi Smart Band 10RM 219RM 179
Xiaomi Smart Band 10 Ceramic Edition Pearl WhiteRM 299RM 249
Redmi Watch 5RM 459RM 339
Redmi Buds 6 ProRM 299RM 239