Xiaomi Lancar Rangkaian Produk ‘Smart Home’ Baharu Di Malaysia, Harga Pun Mesra Poket

LocalTechnology
13 Aug 2025 • 4:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Xiaomi hari ini (13 Ogos) melancarkan rangkaian produk ‘smart home’ baharu di Malaysia melalui Xiaomi Living Showcase yang diadakan di Setia City Mall, Setia Alam.

Antara produk terbaharu yang diperkenalkan syarikat elektronik gergasi itu termasuk:

  • Xiaomi TV A 2026 Series.
  • Xiaomi Robot Vacuum siri S40 dan H40.
  • Xiaomi 4K Monitor A27Ui.

Kesemua produk ini direka khas untuk menjadikan kehidupan harian di rumah menjadi lebih pintar, mudah dan saling berhubung.

Xiaomi TV A 2026 Series

Xiaomi TV A 2026 Series hadir dalam tiga pilihan saiz iaitu 43”,55” dan 65” dengan paparan 4K Ultra HD, HDR10 dan HLG untuk warna yang lebih terang serta kontras yang jelas.

Tidak hanya itu, pergerakan visualnya juga lebih lancar dengan teknologi MEMC dan refresh rate sehingga 120Hz.

Apa guna visual cantik kalau bunyi tak sedap bukan? Jadi kualiti bunyi juga telah dipertingkatkan dengan Dolby Audio dan DTS:X untuk pengalaman sinematik di rumah.

Bagi yang mahukan visual yang lebih mantap tak perlu risau, Xiaomi TV A Pro 2026 sesuai buat korang kerana menggunakan teknologi 4K QLED dengan ‘colour gamut’ (94% DCI-P3) serta Game Mode untuk permainan yang lebih lancar dengan latency rendah serta refresh rate 120Hz.

Menariknya, Xiaomi TV A Pro 2026 ini didatangkan khas dengan pilihan saiz yang lebih besar iaitu 75 inci. Kalau layan movie dengan keluarga confirm puas.

Xiaomi Robot Vacuum S40 & H40

Selain TV, kebersihan rumah juga sangat penting. Susulan itu, Xiaomi turut memperkenalkan Xiaomi Robot Vacuum S40 dan H40 bagi memudahkan kerja pembersihan rumah dengan kuasa sedutan 10,000Pa, teknologi anti-lilit rambut, serta sistem vakum dan mop dengan tahap air yang boleh dilaras.

Ia mampu beroperasi sehingga 180 minit dengan sekali cas dan menggunakan navigasi laser LDS untuk memetakan rumah serta mengelak halangan.

Model S40 dilengkapi tong habuk besar dengan ciri dok auto-kosong (auto-empty dock) yang boleh bertahan sehingga 90 hari tanpa perlu buang habuk.

Manakala H40 pula mempunyai beg habuk 4L dengan tempoh penyimpanan yang sama. Kedua-duanya boleh dikawal melalui aplikasi Xiaomi Home untuk menetapkan jadual, zon larangan, dan arahan suara.

image is not available
Foto: BuzzKini/Hairy

Xiaomi 4K Monitor A27Ui

Selain TV dan vakum, Xiaomi turut melancarkan Xiaomi 4K Monitor A27Ui menampilkan paparan IPS 27 inci dengan resolusi 4K, HDR10 dan lebih 1 bilion warna (100% sRGB, 95% DCI-P3).

Monitor ini sesuai untuk kegunaan kerja, menonton fiem atau bermain game dengan sambungan HDMI, DisplayPort dan USB-C termasuk pengecasan 90W untuk komputer riba.

Ia juga melindungi mata dengan teknologi Low Blue Light dan DC Dimming, manakala tapak boleh laras membolehkan skrin diubah mengikut keselesaan.

Selain itu, terdapat beberapa peralatan pintar lain yang sesuai buat kediaman korang seperti:

  • Mijia Air Conditioner Pro Eco 5 -Star 1.0HP Inverter
  • Mijia Refrigerator Cross Door 510L
  • Mijia Front Load Washer Dryer 10.5Kg

Harga, Ketersediaan & Promosi

Produk baharu Xiaomi ini kini boleh didapati di kedai Authorized Xiaomi di seluruh negara, mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Berikut senarai harganya:

image is not available

Tidak hanya itu, bermula 13 hingga 17 Ogos ini, pengunjung yang hadir ke Xiaomi Smart Living Showcase boleh menikmati promosi istimewa termasuk Smart Home Super Combo iaitu lima peralatan pintar ditawarkan pada harga hanya RM7,999 sahaja.

image is not available

Lebih menarik lagi, korang yang berbelanja RM1,000 atau lebih dalam satu resit berpeluang menyertai Cabutan Bertuah ‘Spend & Win’ dengan hadiah bernilai sehingga RM4,599.

Bukan itu sahaja, sempena dengan showcase ini, pengunjung boleh mendapat peranti pintar pada harga tidak masuk akal dengan mengejar ‘Daily Flash Sale’ yang akan diadakan sepanjang showcase.

Untuk info terkini, ikuti Facebook Xiaomi Malaysia.