Kota Kinabalu: Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 kembali menjelajah negeri ini bermula 28 Ogos hingga 13 September, dengan pendekatan lebih inklusif dan menyeluruh, merentasi empat zon Kumpulan Yayasan Sabah, melibatkan pelbagai daerah.
Pelaksanaan YSBR 2025 menjadi medium penting dalam menyampaikan maklumat, peluang dan perkhidmatan terus kepada komuniti setempat. Pengisian program ini merangkumi pelbagai aspek penting seperti pendidikan, pembangunan masyarakat dan ekonomi.
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, dijadual melancarkan program itu pada 28 Ogos di Pisompuruan Square, Tambunan.
Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, berkata YSBR 2025 merupakan medium penting menyampaikan maklumat, peluang dan perkhidmatan kepada rakyat, khususnya di luar bandar.
Antara pengisian utama ialah taklimat pendidikan dan kerjaya oleh Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) serta University College Sabah Foundation (UCSF), kaunter pendaftaran pelajar baharu, Program Rebat Madani untuk peminjam pendidikan, pameran jabatan kerajaan dan NGO, pemeriksaan kesihatan percuma serta ceramah kesedaran.
Program turut disertai pelbagai aktiviti masyarakat termasuk persembahan kebudayaan dan cabutan tiket bertuah.
YSBR 2025 akan diadakan mengikut zon iaitu Zon Pedalaman Utara, Zon Pantai Timur Utara, Zon Pantai Timur Selatan dan Zon Pantai Barat Utara.
“Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa meletakkan rakyat sebagai keutamaan dengan membawa perkhidmatan dan peluang terus ke komuniti,” kata Gulamhaidar.