Jerebu: 22 kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang

LocalEnvironment
14 Sep 2026 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 22 kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 4 petang
Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini. - Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Serian (181), Sri Aman (166), Samarahan (153) dan Kuching (152).

Sementara itu, enam kawasan di Johor turut mencatat bacaan tidak sihat, iaitu Pasir Gudang (157), Larkin (156), Pengerang (153), Tangkak (150), Kluang (147) dan Kota Tinggi (122).

Tiga kawasan di Selangor juga merekodkan tahap tidak sihat, iaitu Johan Setia (161), Shah Alam (151) dan Banting (107) selain di Negeri Sembilan melibatkan Nilai (155) dan Seremban (153)

Melaka mencatat dua kawasan pada tahap tidak sihat, iaitu Alor Gajah (132) dan Bukit Rambai (107), manakala di Kuantan, Pahang, bacaan tidak sihat direkodkan di Balok Baru (113) dan Indera Mahkota (109).

Selain itu, yang turut mencatat bacaan tidak sihat ialah Cheras, Kuala Lumpur (156), Putrajaya (152) dan Seri Manjung, Perak (126).

Secara keseluruhannya, 45 kawasan dilaporkan berada pada tahap sederhana manakala satu kawasan mencatat bacaan baik, iaitu Kangar, Perlis (48).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). - Bernama

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved