Jerebu: 27 kawasan tidak sihat, Johan Setia tertinggi

LocalEnvironment
19 Oct 2026 • 10:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: 27 kawasan tidak sihat, Johan Setia tertinggi

PETALING JAYA – Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 172 setakat pukul 9.30 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 168.

Selain itu, Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan 165, diikuti Seremban, Negeri Sembilan, Bandaraya Melaka dan Tangkak, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 164.

Batu Muda, Kuala Lumpur dan Pasir Gudang, Johor pula merekodkan bacaan IPU 162, manakala Petaling Jaya, Selangor mencatatkan bacaan 160.

Sementara itu, Klang, Selangor, Batu Pahat, Johor dan Rompin, Pahang masing-masing merekodkan bacaan 158, diikuti Kota Tinggi, Johor dengan 157.

Banting, Selangor mencatatkan bacaan IPU 156, manakala Cheras, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing merekodkan bacaan 155.

Shah Alam, Selangor pula mencatatkan bacaan 154, diikuti Port Dickson, Negeri Sembilan, Kluang dan Larkin, Johor serta Serian, Sarawak yang masing-masing merekodkan bacaan 153.

Kuching, Sarawak mencatatkan bacaan IPU 152 diikuti Indera Mahkota Kuantan, Pahang (149), Pengerang, Johor (132), Samarahan, Sarawak (128) dan Seri Manjung, Perak (115).

Sementara itu, sebanyak 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dan 3 kawasan pada tahap baik.– KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: 27 kawasan tidak sihat, Johan Setia tertinggi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved