Jerebu: 33 kawasan catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 7:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 33 kawasan catat IPU tidak sihat
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mengambil langkah perlindungan sewajarnya ketika keadaan jerebu berterusan.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 pagi pada Rabu dengan Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 195.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), beberapa kawasan lain yang mencatatkan bacaan tinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (188), Johan Setia, Selangor (188), Cheras, Kuala Lumpur (186), Putrajaya (183) dan Seremban, Negeri Sembilan (181).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Shah Alam (179), Segamat (178), Batu Muda (176), Petaling Jaya (174), Bukit Rambai (174) dan Bandaraya Melaka (174).

Johor menjadi negeri paling terjejas apabila sembilan stesen pemantauan mencatatkan bacaan tidak sihat, termasuk Pasir Gudang (172), Tangkak (171), Larkin (165), Pengerang (164), Kota Tinggi (163) dan Kluang (161).

Di Pahang, enam kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Temerloh (166), Indera Mahkota Kuantan (163), Jerantut (160), Balok Baru Kuantan (158) dan Rompin (157), manakala Kemaman serta Paka di Terengganu masing-masing mencatat bacaan 156.

Tawau, Sabah turut berada pada paras tidak sihat dengan bacaan 154, manakala Tanjung Malim, Perak mencatat bacaan 153 dan Serian, Sarawak 152.

Sementara itu, 32 kawasan berada pada tahap sederhana, termasuk Kuching (99), Kota Bharu (89), Sungai Petani (78), Seberang Jaya (75) dan Kuala Terengganu (100).

Hanya tiga kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik iaitu Kota Kinabalu, Sabah (50), Kangar, Perlis (38) dan Langkawi, Kedah (30).

Menurut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 adalah sederhana dan 0 hingga 50 berada pada tahap baik.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mengambil langkah perlindungan sewajarnya ketika keadaan jerebu berterusan. - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved