Jerebu Buat Muka Naik Jerawat? Doktor Kongsi Tip Jaga ‘Skin Barrier’

Health & FitnessLifestyle
8 Sep 2026 • 5:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jerebu Buat Muka Naik Jerawat? Doktor Kongsi Tip Jaga ‘Skin Barrier’

“Skincare tak tukar pun, tapi kenapa muka tiba-tiba naik jerawat ketika jerebu?”

Persoalan itu mungkin bermain di fikiran ramai ketika keadaan jerebu melanda beberapa kawasan, lebih-lebih lagi apabila kulit mula menunjukkan tanda seperti jerawat, kemerahan dan ruam.

Perkara itu turut menjadi perhatian seorang pengguna Threads, @faisalismail, yang bertanyakan sama ada keadaan berkenaan normal ketika jerebu.

“Normal ke jerebu atau haze ni muka mula naik jerawat padahal rutin penjagaan kulit tak tukar langsung?” tanyanya.

Menjawab persoalan tersebut, seorang doktor dermatologi, @dr_ingky, berkata zarah halus dalam jerebu, khususnya PM2.5, boleh menyumbat liang pori, menjejaskan lapisan pelindung kulit serta mencetuskan keradangan.

Menurutnya, antara langkah yang boleh dilakukan ialah melakukan pembersihan berganda (double cleansing) setiap malam serta menggunakan pelembap yang mengandungi ceramide bagi membantu menenangkan kulit.

“Saya cadangkan pembersihan berganda setiap malam dan gunakan pelembap ceramide untuk menenangkan kulit,” ujarnya.

Jangan Abaikan Lapisan Pelindung Kulit

Dalam pada itu, @faisalismail berkata penjagaan lapisan pelindung kulit (skin barrier) amat penting ketika keadaan jerebu.

Katanya, beliau turut menggunakan asid hipoklorus (HOCl) bersama bahan yang menghidratkan kulit sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit.

“Memang betul tentang pembersihan berganda dan pelembap. Lapisan pelindung kulit memang perlu dijaga betul-betul ketika keadaan seperti ini.

“Saya sentiasa gabungkan HOCl dengan bahan yang menghidratkan kulit untuk melindungi kulit daripada bakteria, tetapi pada masa sama memastikan kulit kekal lembap dan tidak kering,” katanya.

Beliau turut mencadangkan penggunaan asid hipoklorus sebagai alternatif kepada bahan pembasmi kuman, selain mendakwa ia boleh disembur terus pada wajah.

Jelasnya, produk berkenaan mengandungi asid hipoklorus bersama bahan yang menghidratkan kulit dan didakwa membantu mencegah masalah jerawat tanpa menyebabkan kulit menjadi terlalu kering.

Boleh Cuba BHA, Tapi Jangan Picit Jerawat

Sementara itu, @dr_ingky turut mencadangkan penggunaan asid salisilik (BHA) 1 hingga 2 peratus sebanyak dua hingga tiga kali seminggu serta pembersihan berganda menggunakan minyak pencuci.

“Jangan picit jerawat. Liang pori akan kembali menghasilkan minyak dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut menyebut produk SKINTIFIC 5X Ceramide Barrier Repair Moisture Gel sebagai antara pilihan pelembap yang boleh digunakan.

Perkongsian berkenaan turut mendapat respons daripada pengguna Threads yang mengalami masalah kulit ketika jerebu.

“Terima kasih atas maklumat. Patutlah kulit saya kebelakangan ini asyik kemerahan, kemudian macam naik ruam. Kulit saya sensitif,” kata @zetty.a17.

Seorang lagi pengguna, @amrsme, berkata beliau mula menyedari jerawat lama mengambil masa lebih panjang untuk pulih dan semakin banyak timbul di bahagian dagu.

“Tak pernah jerawat beranak-pinak di bahagian dagu macam ini. Baik, saya akan ikut nasihat doktor,” katanya.

Situasi itu secara tidak langsung mengingatkan orang ramai supaya tidak hanya memberi perhatian kepada kesihatan pernafasan ketika jerebu, malah penjagaan kulit juga wajar diberi perhatian.

Baca juga:

Namun, jika kulit mengalami ruam teruk, iritasi berpanjangan atau masalah jerawat yang semakin serius, sebaiknya dapatkan pemeriksaan daripada doktor atau pakar dermatologi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved