Jerebu: Indonesia mungkin tidak perlukan bantuan Malaysia

LocalEnvironment
13 Oct 2026 • 1:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Indonesia mungkin tidak perlukan bantuan Malaysia

BEIJING – Indonesia mungkin tidak memerlukan bantuan Malaysia memandangkan negara itu telah mengerahkan sejumlah besar anggota dan aset bagi menangani bencana kebakaran hutan dan tanah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia telah menawarkan sedikit bantuan, tetapi pihak Indonesia sendiri telah mengerahkan melebihi 19,000 anggota.

“Saya tidak fikir mereka akan memerlukan bantuan dari Malaysia kerana mereka sendiri mempunyai anggota yang ramai dan peralatan yang boleh membantu menyelesaikan kebakaran itu, tetapi kita faham titik-titik panas di Kalimantan dan Sumatera tidak mungkin dapat dipadamkan dengan segera,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kini berada di China untuk lawatan kerja lima hari meliputi Beijing dan Tianjin, bermula semalam.

Menurutnya, perubahan luruan angin ke arah Lautan Hindi yang dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang diharap dapat membantu mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan di Semenanjung dan Sarawak.

Katanya, jangkaan perubahan luruan angin itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Selain usaha kemanusiaan yang berterusan, perubahan arah angin tersebut dapat memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada terus menjadi mangsa jerebu yang berpanjangan,” katanya. – Bernama

The post Jerebu: Indonesia mungkin tidak perlukan bantuan Malaysia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved