Jerebu: IPU Johan Setia meningkat, Pasir Gudang sangat tidak sihat

LocalEnvironment
16 Oct 2026 • 2:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu: IPU Johan Setia meningkat, Pasir Gudang sangat tidak sihat

SHAH ALAM, 16 OKT: Kualiti udara di Johan Setia, Klang terus merosot apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat kepada 186 setakat jam 2 petang ini.

Bacaan itu menjadikan Johan Setia kawasan paling terjejas di Selangor, sekali gus kekal pada tahap tidak sihat bersama lima kawasan lain di negeri ini.

Selain Johan Setia, lima kawasan berkenaan ialah Klang yang merekodkan IPU 179, Petaling Jaya (174), Shah Alam (170), Banting (166) dan Kuala Selangor (153).

Berdasarkan data IPU setakat jam 2 petang, sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan tidak sihat, manakala satu kawasan kekal pada tahap sangat tidak sihat.

Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan IPU 207, menjadikannya satu-satunya kawasan di negara ini yang berada pada tahap sangat tidak sihat.

Sementara itu, Larkin, Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi di negara ini iaitu 199, diikuti Johan Setia (186), Nilai, Negeri Sembilan (184) dan Pengerang, Johor (181).

Beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan tinggi termasuk Bandaraya Melaka (180), Bukit Rambai, Melaka (177) dan Seremban, Negeri Sembilan (176).

Dalam pada itu, sebanyak 37 kawasan lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana setakat jam 2 petang ini.

Mengikut pengelasan IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved