Johor berdepan ancaman jerebu sejak 53 hari lalu – Onn Hafiz

LocalEnvironment
16 Oct 2026 • 8:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Johor berdepan ancaman jerebu sejak 53 hari lalu – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU: Johor telah berdepan ancaman kesihatan akibat jerebu sejak 25 Ogos lalu, iaitu kira-kira 53 hari lalu dengan beberapa kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, susulan itu pihaknya menyeru negara-negara ASEAN memainkan peranan lebih aktif dengan mengadakan mesyuarat tergempar.

“Tujuannya adalah bagi memperkukuh tindakan bersama dalam aspek pengawalan kebakaran, pemantauan titik panas dan pencegahan kebakaran pada masa akan datang.

“Risiko jerebu rentas sempadan turut menjadi perhatian susulan aktiviti titik panas di Indonesia. Berdasarkan maklumat ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang diterima, sebanyak 453 titik panas dikesan di Kalimantan dan 153 di Sumatera.

“Perkara ini berpotensi meningkatkan risiko jerebu sekiranya berlaku kebakaran dan pergerakan asap merentasi sempadan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Untuk rekod, bacaan IPU di Pasir Gudang berada pada tahap 197, iaitu tidak sihat, diikuti Johor Bahru (194) dan Pengerang (180).-UTUSAN

The post Johor berdepan ancaman jerebu sejak 53 hari lalu – Onn Hafiz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved