Jerebu: Kerajaan lakukan sebaik mungkin berunding dengan Indonesia - PM

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 6:36 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Kerajaan lakukan sebaik mungkin berunding dengan Indonesia - PM
Anwar berucap pada Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya di Kolej Kediaman 5, Universiti Malaya. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah melakukan segala usaha sebaik mungkin untuk berunding dengan Indonesia dalam menangani isu jerebu rentas sempadan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita dah buat sedaya mungkin,” katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Projek Residensi Siswa Universiti Malaya (UM) di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan tidak aktif dalam menangani isu jerebu rentas sempadan yang semakin membimbangkan ketika ini.

Semalam, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan Malaysia bersikap "terlalu lembut” dalam berurusan dengan Indonesia berhubung isu jerebu, selain menuntut kerajaan mengambil pendirian lebih tegas.

Dalam episod terbaru audio siar Keluar Sekejap, Khairy bagaimanapun mengakui Malaysia perlu berdiplomasi untuk memastikan perkara itu dapat diselesaikan.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved