Jerebu: Kesihatan, Pendidikan & Kesejahteraan Mental Murid Jadi Perhatian Raja Permaisuri Agong

LocalHealth & Fitness
17 Oct 2026 • 12:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jerebu: Kesihatan, Pendidikan & Kesejahteraan Mental Murid Jadi Perhatian Raja Permaisuri Agong

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu yang melanda negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi perkongsian di Facebook selepas menghadap Baginda pada petang semalam.

Menurut Fadhlina, Baginda menekankan kepentingan mengutamakan kesihatan anak-anak di samping memastikan kelangsungan pendidikan mereka terus terjamin.

Perhatian turut diberikan kepada anak-anak daripada keluarga B40 yang mungkin berdepan kesukaran akibat penutupan sekolah susulan situasi jerebu.

Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap kesan penutupan sekolah yang berpanjangan kepada kesejahteraan emosi dan kesihatan mental anak-anak.

Baca juga:

Fadhlina zahir penghargaan atas pandangan dan nasihat

Dalam perkongsian sama, Fadhlina turut menzahirkan penghargaan atas pandangan dan nasihat Raja Permaisuri Agong berhubung perkara tersebut.

"Patik menjunjung kasih atas segala pandangan dan titah nasihat Seri Paduka Baginda. Keprihatinan Baginda menjadi pedoman dalam ikhtiar memastikan setiap keputusan berkaitan pengoperasian sekolah mengambil kira kesihatan dan masa depan pendidikan anak-anak secara menyeluruh," katanya.

Pertemuan itu turut menjadi kenangan bermakna buat Fadhlina apabila Raja Permaisuri Agong berkenan menitipkan ucapan selamat hari lahir kepadanya.

"Menjunjung kasih Tuanku atas ingatan yang amat patik hargai. Daulat Tuanku," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved