Jerebu rosakkan paru-paru, saya kembali hidap bronkitis – Awie

LocalHealth & Fitness
13 Sep 2026 • 12:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu rosakkan paru-paru, saya kembali hidap bronkitis – Awie

KUALA LUMPUR: Penyayi rock, Awie, berkara keadaan jerebu yang melanda negara beberapa minggu ini telah mengakibatkan gangguan kepada paru-paru sekali gus mengakibatkannya mengalami bronkitis kali kedua.

Kongsi Awie, atau Ahmad Azhar bin Othman, 57, kesakitan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada keadaan dirinya namun berusaha untuk memberikan persembahan terbaik di Konsert Awie Rock King – Last Man Standing 2026, malam tadi.

“Anda nampak saya bergelonjak lompat-lompat tapi sebenarnya saya tidak sihat. Jerebu rosakkan paru-paru saya, saya kena bronkitis kali kedua.

“Apapun, show tetap diteruskan dan akan habiskan kesemua lagu pada malam ini,” katanya ketika persembahan di Stadium Merdeka, malam tadi.

Menerusi konsert hampir empat jam itu, Awie tampil dengan lima segmen iaitu Kita Bersama, Legasiku, Cinta dan Filem, Tribute, Aku dan Mereka dengan diiringi lima band dan 20 orang pemuzik.

Tambah manis, Awie membuat kejutan dengan menyanyikan sebuah lagu bertajuk Maharani yang ditujukan kepada isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin sempena 10 tahun perkahwinan mereka.

“Lagu ini diciptakan untuk ‘housemate’ saya. Inilah hadiah 10 tahun perkahwinan kita,” katanya sambil disambut sorakan 20,000 pengunjung konsert malam tadi.

Image from: Jerebu rosakkan paru-paru, saya kembali hidap bronkitis – Awie

Mengimbau perjalanan lampau bersama Erra Fazira, Awie dalam nada berseloroh berkata enggan menyanyikan lagu Tragedi Oktober kerana mengingatkannya dengan gosip percintaan bersama primadona negara itu suatu masa dulu.

“Dulu kita bersama dan kemudian berpisah, kita kita bersama semula tapi sebagai sahabat dan adik. Sekarang Erra kekal seorang primadona dan memegang ‘title’ itu,” kata Awie sebelum disambut Erra mengakui perjalanannya sebagai anak seni banyak menerima tunjuk ajar Awie.

Sepanjang menyanyikan 36 lagu, selain Erra, persembahan Awie diserikan dengan penyanyi jemputan Datuk Hattan, Black, Akim, Stacy, Amir Masdi, Merah, dan Hannah Delisha.

Image from: Jerebu rosakkan paru-paru, saya kembali hidap bronkitis – Awie

Aura Awie tetap menakjubkan di atas pentas walaupun sudah memasuki jam 12 tengah malam sebelum bersambung sehingga jam satu pagi yang ditutup dengan lagu terima kasih.

“Terima kasih kerana sudi menunggu saya sehingga jam 1 pagi ini. Sepatutnya tamat jam 12 tengah malam tapi kita tambah sampai jam 1 pagi.

“Terima kasih juga kerana setia bersama saya selama 41 tahun dalam industri. Panjang umur, kita berjumpa lagi. Terima kasih,” katanya. -UTUSAN

The post Jerebu rosakkan paru-paru, saya kembali hidap bronkitis – Awie appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved