NASA rakam imej jerebu tebal di Borneo

SpaceEnvironment
4 Sep 2026 • 5:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: NASA rakam imej jerebu tebal di Borneo

JAKARTA:  Agensi angkasa Amerika Syarikat, (AS), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)  telah merakam gambar terkini keadaan Kalimantan yang semakin diselubungi asap tebal akibat kebakaran hutan dan tanah. 

Dalam gambar terkini itu, pulau yang dikenali sebagai paru-paru dunia itu hampir tidak kelihatan kerana sebahagian besar kawasan ditutupi asap, lapor CNN Indonesia hari ini.

Gambar tersebut diambil pada hari Selasa (1/9) oleh instrumen MODIS pada satelit Aqua milik NASA. 

Selain gambar kabut asap, satelit ini juga mengesan hot spot atau titik api kebakaran hutan yang tersebar di beberapa kawasan Kalimantan.

Penyelidik dari Columbia University, AS, Robert Field mendedahkan bahawa salah satu punca kebakaran hutan  di Kalimantan adalah fenomena El Nino kategori kuat yang sedang berlaku.

Robert, yang juga membangunkan instrumen Global Fire Weather Database untuk membuat ramalan cuaca kebakaran secara masa nyata, meramalkan keadaan ini boleh menjadi lebih teruk daripada kejadian serupa pada tahun 1997 dan 2015. – AGENSI

 

The post NASA rakam imej jerebu tebal di Borneo appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved