Jerebu rugikan Indonesia RM28 bilion

Business & FinanceEnvironment
21 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jerebu rugikan Indonesia RM28 bilion

JAKARTA:  Jumlah kos ekonomi dan kesihatan di Indonesia akibat kebakaran hutan  dari Janua­ri hingga Ogos boleh mencecah 123.1 trilion rupiah (RM28 bilion), menurut laporan badan pemikir yang berpangkalan di Jakarta, Pusat Kajian Ekonomi dan Undang-Undang (CELIOS).

Bagaimanapun, anggaran itu belum mengambil kira senario sekiranya kebakaran terus me­rebak hingga akhir 2026.

Menurut CELIOS, jumlah ke­­rugian ekonomi akibat kehi­langan aset fizikal dan aktiviti ekonomi boleh mencecah hampir 30 trilion rupiah (RM6.8 bi­lion), atau 0.23 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Indonesia tahun lalu.

Kumpulan itu memberi amaran bahawa kebakaran ber­kenaan juga boleh menyebabkan kehilangan potensi hasil cukai sebanyak 269.89 bilion rupiah (RM62 juta).

Menurut CELIOS, jumlah kos penjagaan kesihatan bagi mereka yang didiagnosis mengalami masalah kesihatan berkaitan kebakaran boleh mencecah 93.56 trilion rupiah (RM21 bilion) atau bersamaan 67.6 peratus daripada keseluruhan belanjawan sektor kesihatan nasional Indonesia dalam belanjawan negara 2026.

Pengarah Ekonominya, Nailul Huda berkata, angka berkenaan mencerminkan kemerosotan da­lam beberapa sektor komersial.

“Anggaran kami bukan sekadar mengenai nilai kayu balak yang terbakar atau hasil hutan lain, sebaliknya gangguan lebih meluas terhadap aktiviti ekonomi masyarakat dan perdaga­ngan,” kata Nailul kepada This Week in Asia.

Indonesia sering berdepan kebakaran hutan ketika musim kering, yang biasanya berlangsung dari Julai hingga Oktober.

Namun, kebakaran tahun ini amat teruk, sebahagiannya disebabkan fenomena El Nino yang kuat dan dijangka menjadi pa­ling buruk sejak rekod seum­pa­manya mula dicatat empat dekad lalu.

Pakar turut menyalahkan perubahan iklim, kemerosotan hutan selama beberapa dekad dan amalan pembukaan tanah secara tebang dan bakar yang te­lah mengubah landskap secara semula jadinya tahan terhadap kebakaran.

Dari Borneo, jerebu turut merebak ke negara jiran Singa­pura dan Malaysia.

Kerajaan Indonesia berkata, antara Januari hingga Julai, lebih 202,000 hektar tanah terbakar di seluruh negara. – AGENSI

 

The post Jerebu rugikan Indonesia RM28 bilion appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved