Jerebu Sarawak makin buruk, empat kawasan catat IPU tahap bahaya

LocalEnvironment
31 Aug 2026 • 10:33 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Jerebu Sarawak makin buruk, empat kawasan catat IPU tahap bahaya

KUCHING, 31 OGOS: Situasi jerebu di Sarawak menyaksikan kualiti udara kian merosot dengan empat kawasan dikenal pasti mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap bahaya setakat 9 pagi ini, berbanding tiga semalam.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman menjadi lokasi terbaharu dengan bacaan IPU tahap bahaya.

Bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 475, diikuti Samarahan (334), Sri Aman (330) dan Kuching (324).

Selain itu, tiga kawasan yang mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat melibatkan Sarikei, iaitu 271, diikuti Sibu (219) dan Mukah (214).

Kawasan merekodkan bacaan tidak sihat pula, antaranya Samalaju (180), Miri (171), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (169), Kapit (164), Bintulu (161) dan Limbang (159).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.

Data dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved