Jerebu: Sekolah di Selangor, Melaka, Pahang beroperasi seperti biasa esok

LocalEnvironment
22 Oct 2026 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Sekolah di Selangor, Melaka, Pahang beroperasi seperti biasa esok
Institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Melaka dan Pahang akan beroperasi seperti biasa esok. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Melaka dan Pahang akan beroperasi seperti biasa esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan berikutan keadaan jerebu.

Di SELANGOR, JPN dalam kenyataan memaklumkan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.

 Menurut kenyataan itu, pihak pentadbir sekolah juga perlu sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) serta memberi perhatian khusus kepada murid berisiko tinggi.

Di MELAKA, JPN memaklumkan ibu bapa atau penjaga yang bimbang mengenai kesihatan anak-anak dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

Ibu bapa, penjaga dan warga sekolah juga dinasihatkan merujuk saluran komunikasi rasmi JPN Melaka atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Sementara itu, di PAHANG, JPN menyatakan semua sekolah di daerah Bentong beroperasi seperti biasa bermula esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Jabatan itu turut menggalakkan semua warga sekolah di daerah Bentong untuk memakai pelitup muka, manakala sekolah di daerah lain beroperasi seperti biasa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved