Jerebu: Semua Sekolah Di Negeri Sembilan, Melaka Dan Johor Ditutup Esok

13 Oct 2026 • 8:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Jerebu: Semua Sekolah Di Negeri Sembilan, Melaka Dan Johor Ditutup Esok

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan ditutup esok berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di ketiga-tiga negeri.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut membabitkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

“Arahan sama turut melibatkan sekolah di bawah PPD Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang; PPD Tawau di Sabah; serta PPD Serian, Sri Aman dan Lubok Antu di Sarawak,” katanya. 

Menurut beliau, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan, manakala guru serta anggota kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

“Sekolah di negeri dan daerah lain akan beroperasi seperti biasa,” katanya. - Getaran, 13 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved