Jerebu: Semua sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat ditutup esok

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 9:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Semua sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat ditutup esok

BATU PAHAT – Semua sekolah, tadika dan taska di seluruh daerah ini diarahkan tutup bermula esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang mencecah 203, malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat memaklumkan bacaan IPU pada pukul 8 malam tadi berada pada tahap sangat tidak sihat, sekali gus mencetuskan tindakan pengurusan jerebu bagi melindungi keselamatan dan kesihatan penduduk.

Penutupan itu membabitkan seluruh daerah Batu Pahat dan berkuat kuasa pada 7 Oktober.

Menurut kenyataan media JPBD Batu Pahat, keputusan tersebut dibuat susulan pemantauan berterusan terhadap perkembangan kualiti udara serta bacaan IPU bersama agensi-agensi berkaitan.

Tindakan penutupan berkenaan adalah selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya diarahkan KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat.

Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kaedah pelaksanaan PdPR, tugasan murid serta saluran komunikasi kepada ibu bapa atau penjaga menerusi saluran rasmi sekolah. – KOSMO! ONLINE

 

The post Jerebu: Semua sekolah, tadika dan taska di Batu Pahat ditutup esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved