106 sekolah agama, 53 institusi pengajian islam swasta di Batu Pahat ditutup esok

LocalEnvironment
6 Oct 2026 • 10:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 106 sekolah agama, 53 institusi pengajian islam swasta di Batu Pahat ditutup esok

JOHOR BAHRU: Sebanyak 106 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor termasuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) dan 53 buah Institusi Pengajian Islam Swasta (IPIS) di Daerah Batu Pahat, akan ditutup esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, penutupan itu susulan keadaan kualiti udara di daerah Batu Pahat berada pada tahap sangat tidak sihat dengan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 203.

“Arahan ini dilaksanakan selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidik.

“Sebarang keputusan berkaitan pengoperasian semula sekolah dan institusi adalah bergantung kepada tahap kualiti udara semasa serta arahan rasmi pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Fared, pihak sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya diarahkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) atau Pejabat Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat.

“Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid serta warga pendidik sentiasa terpelihara sepanjang tempoh keadaan jerebu ini,” katanya.-UTUSAN

The post 106 sekolah agama, 53 institusi pengajian islam swasta di Batu Pahat ditutup esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved