Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat

LocalEnvironment
24 Sep 2026 • 9:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: Serian catat IPU sangat tidak sihat
Keadaan berjerebu dirakam di Jalan Serian-Sri Aman. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 218, setakat jam 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Melaka turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti Samarahan (188), Bintulu (170), Sri Aman (168) dan Samalaju (163).

Sibu dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 158, manakala Mukah (151), Bukit Rambai di Melaka (118) dan Miri (114).

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved