
PETALING JAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah Serian, Sarawak kembali mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat iaitu 217, setakat pukul 10 pagi ini.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara, sembilan kawasan di Sarawak dan satu di Melaka turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.
Kuching mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti Samarahan (189), Bintulu (170), Sri Aman (168) dan Samalaju (162).
Sibu dan Sarikei masing-masing merekodkan bacaan 158, manakala Mukah (152), Miri (126) dan Bukit Rambai di Melaka (112).
Sementara itu, sebanyak 50 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan baik.
Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Serian kembali catat IPU sangat tidak sihat appeared first on Kosmo Online.





