Jerebu: Serian, empat kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
13 Sep 2026 • 10:18 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jerebu: Serian, empat kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

Six areas record unhealthy air quality, with Serian in Sarawak registering the nation’s highest Air Pollutant Index reading at 185, while no areas reach hazardous levels

KUALA LUMPUR: Tiada kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 9 pagi ini, manakala hanya enam kawasan merekodkan bacaan tidak sihat.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 185, diikuti Sri Aman (174), Samarahan (156), Kuching (156) dan Sibu (109).

Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan IPU 120.

Secara keseluruhan, sebanyak 54 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan lagi mencatatkan bacaan tahap baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala 301 dan ke atas (berbahaya).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved