Jerebu: Tambah baik arahan tutup sekolah

LocalEnvironment
19 Oct 2026 • 8:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jerebu: Tambah baik arahan tutup sekolah

PETALING JAYA – Cadangan menambah baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, operasi pembenihan awan serta persediaan menghadapi Monsun Timur Laut antara perkara dibincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara pada petang tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat berkenaan membincangkan secara terperinci situasi semasa jerebu yang masih membimbangkan serta kesannya terhadap kesihatan rakyat, khususnya anak-anak sekolah.

“Mesyuarat mendengar cadangan menambah baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, khususnya berkaitan arahan penutupan sekolah serta persediaan awal Kementerian Pendidikan, bagi memastikan pembelajaran dapat diteruskan sekiranya sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.

“Saya tegaskan bahawa kesihatan anak-anak mesti menjadi keutamaan, dengan langkah yang teratur bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi akan memperhalusi cadangan ini bersama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan,” katanya pada hantaran di media sosial hari ini.

Beliau menegaskan bahawa keperluan peruntukan bagi operasi pembenihan awan akan dipenuhi untuk mengurangkan jerebu.

“Operasi ini sedang dijalankan hampir setiap hari, bergantung pada keadaan awan yang sesuai,” katanya.

Anwar berkata, mesyuarat juga dimaklumkan mengenai persediaan negara menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka membawa hujan lebat dan risiko banjir, serta ancaman Super El Nino yang diramal membawa cuaca panas dan kering melampau tahun depan.

“Kesiapsiagaan agensi barisan hadapan mesti terus dipertingkat. Nadma perlu diperkasa sebagai nadi penyelarasan dasar dan operasi merentas agensi, khususnya melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Pusat, agar langkah pencegahan, persediaan, tindak balas dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, sektor swasta, sukarelawan serta masyarakat mesti bergerak bersama memperkukuh kesiapsiagaan komuniti,” katanya.

Katanta, nyawa rakyat mesti dilindungi dan bantuan mesti sampai segera kepada mereka yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE

The post Jerebu: Tambah baik arahan tutup sekolah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved