
PETALING JAYA – Sebanyak 38 kawasan di seluruh negara terutama sekitar Lembah Klang kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat petang ini dengan Johan Setia, Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu 184.
Berdasarkan paparan Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 2 petang, Cheras di Kuala Lumpur pula merekodkan IPU 177, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (173).
Putrajaya dan Shah Alam masing-masing merekodkan bacaan 172, manakala Batu Muda, Kuala Lumpur mencatatkan IPU 171.
Keadaan udara tidak sihat turut dikesan di Seremban dengan bacaan 169, Minden, Pulau Pinang; Seri Manjung, Perak dan Petaling Jaya, Selangor masing-masing 166 serta Balik Pulau, Pulau Pinang (165).
Tasek Ipoh pula merekodkan IPU 163, manakala Tanjung Malim, Klang, Banting dan Kuala Terengganu masing-masing mencatatkan bacaan 162.
Seberang Jaya dan Kuala Selangor masing-masing berada pada paras 161, diikuti Seberang Perai (159), Taiping dan Temerloh (158), Sungai Petani (157) serta Bukit Rambai (156).
Sementara itu, Kulim Hi-Tech dan Jerantut masing-masing merekodkan IPU 155, Alor Gajah dan Tanah Merah (154), Port Dickson (153) serta Pegoh Ipoh, Indera Mahkota Kuantan, Balok Baru Kuantan dan Tangkak masing-masing 152.
Kemaman pula mencatatkan bacaan 151, diikuti Bandaraya Melaka (149), Paka (144), Besut (133), Kluang (117) dan Alor Setar (106).
Sementara itu, sebanyak 25 kawasan lagi berada pada tahap sederhana iaitu IPU antara 51 hingga 100.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya. – KOSMO! ONLINE
The post Jerebu: Udara di Lembah Klang masih tidak sihat appeared first on Kosmo Online.





