Walkathon, Karnival Bandar Utama ditangguh ke 24 Oktober akibat jerebu

LocalEnvironment
16 Sep 2026 • 4:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Walkathon, Karnival Bandar Utama ditangguh ke 24 Oktober akibat jerebu

SHAH ALAM, 16 SEPT: Program 5KM Walkathon Kita Malaysia! dan Karnival Rasa Sayang DUN Bandar Utama yang dijadual berlangsung Sabtu ini ditangguhkan susulan keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan peserta, komuniti setempat, petugas serta sukarelawan.

“Program 5KM Walkathon Kita Malaysia! dan Karnival Rasa Sayang DUN Bandar Utama yang dijadualkan pada 19 September 2026 terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu berikutan keadaan jerebu dengan bacaan IPU terkini yang berada pada tahap tidak sihat.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira faktor keselamatan semua peserta, komuniti setempat, petugas dan sukarelawan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata kedua-dua program itu dijadualkan semula pada 24 Oktober depan di Padang SS23/17, Taman SEA.

Pendaftaran bagi acara 5KM Walkathon Kita Malaysia! akan bermula jam 6 pagi, manakala Karnival Rasa Sayang DUN Bandar Utama dijadualkan bermula jam 8.30 pagi.

Bagi peserta yang sudah mendaftar, pihak penganjur akan menghubungi mereka bagi mengesahkan slot untuk tarikh baharu.

Pendaftaran baharu pula akan dibuka sekiranya terdapat kekosongan slot bagi kedua-dua program berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved