Jeriji besi reput patah, kanak-kanak parah terjatuh dari tingkat satu

LocalFamily & Parenting
17 Sep 2026 • 3:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jeriji besi reput patah, kanak-kanak parah terjatuh dari tingkat satu

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak perempuan parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat satu apabila jeriji besi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu 2, patah di sini kelmarin.

Mangsa, S. Shaishangkar, 4, kini tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini akibat pendarahan di bahagian otak.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mangsa bermain sebelum memegang jeriji besi yang sudah lama reput dan rosak.

Image from: Jeriji besi reput patah, kanak-kanak parah terjatuh dari tingkat satu
Keadaan jeriji besi di rumah Sumathi di tingkat satu PPR Paya Nahu 2, Sungai Petani yang patah.

Nenek mangsa, M. Sumathi, 47, berkata, ketika kejadian dia sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya di tingkat satu.

“Tiba-tiba cucu saya itu dilihat berlari ke arah jeriji berkenaan sebelum memegangnya menyebabkan jeriji itu patah sebelum terjatuh. Dari atas saya melihat dia tertiarap tidak bergerak dan kepalanya dipenuhi darah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia bergegas turun dan memanggil nama cucunya berulang kali namun tiada sebarang tindak balas.

Dia kemudian meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Bandar sebelum dirujuk ke HSAH bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas pemeriksaan dilakukan oleh petugas kesihatan, saya diarah membawa cucu untuk mendapatkan rawatan lanjut di HSAH berikutan kecederaan serius yang dialaminya. Kini selepas dua hari kejadian cucu saya itu masih tidak sedarkan diri dan ini amat merunsingkan saya.

“Saya turut kesal dengan kejadian ini kerana kerosakan jeriji itu telah dikesan lama berlaku selain beberapa kali telah saya laporkan kepada pihak tertentu namun tiada sebarang tindakan diambil,” ujarnya.

Sumathi berkata, sebagai suri rumah, dia tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membaiki jeriji besi yang sudah lama rosak itu. – KOSMO! ONLINE

The post Jeriji besi reput patah, kanak-kanak parah terjatuh dari tingkat satu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved