Jerit “Busuk, Tak Mandi” Di China, Gelagat Pelancong Disyaki Dari Malaysia Undang Kecaman

WorldTravel
16 Jun 2026 • 11:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tindakan sekumpulan pelancong yang dipercayai dari Malaysia mencetuskan kemarahan ramai selepas didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China.

Tutup hidung dan menjerit-jerit di kawasan awam

Menerusi beberapa klip video yang tular di media sosial, kumpulan berkenaan dilihat menutup hidung sambil menjerit perkataan ‘busuk’ dan ‘tak mandi’ ketika berada di kawasan awam.

Image from: Jerit “Busuk, Tak Mandi” Di China, Gelagat Pelancong Disyaki Dari Malaysia Undang Kecaman

Undang pelbagai kecaman negatif

Perbuatan itu mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif serta boleh menjejaskan imej rakyat Malaysia di luar negara.

Situasi menjadi lebih hangat apabila video tersebut turut tular di platform media sosial China, RedNote, sehingga mencetuskan kemarahan dan rasa tersinggung dalam kalangan warga tempatan.

Image from: Jerit “Busuk, Tak Mandi” Di China, Gelagat Pelancong Disyaki Dari Malaysia Undang Kecaman

Tak hormat masyarakat negara lain

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan berkenaan dan menyifatkan sikap sedemikian tidak mencerminkan nilai hormat terhadap budaya serta masyarakat negara yang dikunjungi.

Image from: Jerit “Busuk, Tak Mandi” Di China, Gelagat Pelancong Disyaki Dari Malaysia Undang Kecaman

Melancong patut jadi lebih terbuka

Image from: Jerit “Busuk, Tak Mandi” Di China, Gelagat Pelancong Disyaki Dari Malaysia Undang Kecaman

Melihat daripada video yang tular, tindakan itu boleh dianggap menghina atau mengganggu ketenteraman awam berpotensi menarik perhatian pihak berkuasa tempatan, selain boleh memberi kesan terhadap status imigresen pelancong yang terlibat.

Setakat ini, identiti individu dalam video tersebut masih belum dapat dipastikan dan belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.

Sumber: Thread heyyyywiwies

The post Jerit “Busuk, Tak Mandi” Di China, Gelagat Pelancong Disyaki Dari Malaysia Undang Kecaman appeared first on Borak Daily.