
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut tentang adab, setiap orang sering dinasihatkan agar sentiasa menghormati dan menjaga tingkah lalu lebih-lebih lagi ketika berkunjung ke tempat baharu.
Namun entah mengapa, ada segelintir yang dilihat mengabaikan aspek tersebut malah tidak sensitif dengan keadaan sekeliling mereka.
Pelancong Malaysia Tutup Hidung, Dakwa Orang Sekeliling Tak Mandi Ketika Berkunjung Ke China
Baru-baru ini, tular di media sosial reaksi sekumpulan pelancong Malaysia yang berkunjung ke China.
Menerusi video tular yang dikongsikan semula di Threads, kelihatan sekumpulan pelancong berkenaan sedang beratur bersama orang lain untuk menaiki bas.
Apa yang menjadi perhatian adalah reaksi kumpulan itu yang menutup hidung malah salah seorang daripada mereka yang menjerit dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.
“Busuknya! Korang semua tak mandi ke?” kata salah seorang daripada mereka.
Turut Kata Busuk Kepada Salah Seorang Pemandu E-Hailing
Bukan itu sahaja, menerusi video berasingan, pelancong Malaysia terbabit sekali lagi mendakwa pemandu e-hailing yang dinaiki mereka berbau busuk dan tidak mandi.
“Aku rasa memang dia ni busuk ni. Kita dah mandi wei. Orang China (pemandu) ni, busuk. Busuk. Malas nak mandi,” katanya.
Puji Pemandu E-Hailing Wangi
Namun, sewaktu mereka menaiki kenderaan e-hailing yang lain, wanita terbabit mendakwa pemandu e-hailing berkenaan adalah wangi dan berbeza dengan orang yang dijumpainya.
Pun begitu, kedengaran sekali lagi dia menjerit perkataan ‘busuk’ yang dipercayai merujuk kepada orang ramai yang pernah dijumpainya sebelum ini.
Hasil semakan kami mendapati video asal telahpun dipadam di akaun TikTok wanita berkenaan.
Reaksi Wanita Tutup Hidung & Jerit Busuk Ketika Melancong Ke China Undang Kemarahan Ramai

Perkongsian yang telah mendapat lebih 893,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam malah memarahi tindakan wanita terbabit yang dilihat biadap dan tidak menghormati rakyat tempatan.
Apatah lagi, dia turut merakam malah menunjukkan muka individu berkenaan di media sosialnya. Malah, tindakannya itu disifatkan boleh mencemar nama baik Malaysia.
Memetik mStar, video tersebut turut tular di platform RedNote iaitu aplikasi platform media sosial popular di China sehingga mencetuskan kemarahan serta rasa tersinggung masyarakat tempatan.
Pada masa sama, ada segelintir warganet yang memohon maaf kepada penduduk China bagi pihak wanita atas perbuatan wanita terbabit.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Tahu Bau Tapi Jangan Buat Macam Tu Depan Orang, Jalan Tutup Sikit Hidung Kalau Tak Tahan. Saya Pun Pernah Kena Macam Ini Tapi Sehabis Baik Selindung Tak Nak Nampak Obvious Sangat Sebab Nak Jaga Hati Orang”

“Yang Memalukan Bukan Isu Bau, Yang Buat Saya Cringe Ialah Cara Sis React. Dengan Menjerit, Mengutuk & Merakam Muka Orang Dekat Negara Diorang Sendiri. Travel Patut Ajar Kita Jadi Lebih Terbuka, Bukan Lebih Menghukum”

“Macam First Time Pergi Oversea. Bising Macam Beruk, Buat Malu, Dah La Pakai Tudung. Jaga La Sikit Imej Malaysia”

“To My Chinese Fellows, I’m Sorry You Had To See Such Disrespectful Behavior”

“Lepas Ni Jangan Marahlah Kalau Orang Stereotype Pelancong Malaysia Sebagai Biadap & Bising”


