“Jerit minta anak cari barang” – Kes Dera Anak Angkat, Jiran Kongsi Sering Dengar Suara Budak Menangis

Entertainment
11 Jun 2024 • 6:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes budak perempuan 5 tahun yang meninggal dunia akibat disyaki menjadi mangsa dera ibu dan bapa angkatnya di Taman Malcop, Perak dikatakan sering kali menangis dan dimarahi individu dipercayai bapa angkatnya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh jiran keluarga tersebut iaitu Mohd Zezeli Abdul Latif, 58. Katanya, dia hanya menyedari kehadiran budak itu di kawasan perumahan mereka sejak dua bulan lalu. Jelasnya, bapa angkat mangsa yang berusia 66 tahun itu sudah lama menetap di taman perumahan berkenaan tetapi dia tidak ramah dengan jiran tetangga.

Mohd Zezeli yang hanya berjiran sebelah rumah dengan keluarga mangsa berkata isterinya itu kerap mendengar tangisan kanak-kanak tersebut serta suara seorang lelaki dalam nada tinggi seakan menjerit ketika berada di halaman rumah.

image is not available

“Pernah juga dengar suara lelaki itu menjerit dan meminta anaknya mencari barang, mungkin dia marah sebab ada barang yang hilang.”

“Setahu saya, lelaki itu tinggal bersama isterinya sahaja sebelum kanak-kanak itu muncul dalam tempoh dua bulan ini.”

Menerusi Berita Harian, dia hanya mengetahui kejadian menimpa mangsa selepas melihat ada banyak kereta peronda polis di hadapan rumah itu.

Kata seorang lagi jiran, N. Gandhi, 74, berkata mangsa adalah seorang kanak-kanak yang comel serta ceria, dan pernah menyapanya namun mengakui dia tidak pernah melihat mangsa bermain di luar atau halaman rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi oleh Berita Harian mengesahkan bahawa mangsa hanya mula dibela dan dijaga oleh ibu angkatnya itu sejak April lalu.

Malah, difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah anak kepada rakan ibu angkat mangsa yang terbabit dalam kes itu.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.