Jet Pejuang AS Dilapor Ditembak Jatuh, Tentera Iran Lancar Operasi Cari Juruterbang

WorldPolitics
3 Apr 2026 • 10:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jet Pejuang AS Dilapor Ditembak Jatuh, Tentera Iran Lancar Operasi Cari Juruterbang

Tentera Iran telah melancarkan operasi mencari juruterbang jet pejuang Amerika Syarikat (AS) yang terkena sistem pertahanan udara dan terhempas.

Menurut AFP, perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Iran, Fars, pada Jumaat.

“Pasukan tentera telah melancarkan operasi mencari juruterbang Amerika yang terkena serangan awal hari ini,” kata Fars.

Dalam pada itu, sebuah stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman yang didakwa sebagai bangkai jet AS yang terhempas.

Memetik kenyataan polis, pesawat itu disasarkan di bahagian tengah Iran dan mungkin terhempas di wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad.

Kenyataan itu menggesa penduduk di kawasan tersebut untuk menyertai operasi pencarian juruterbang dan menawarkan ganjaran bagi penangkapan mana-mana anggota tentera AS.

Baca juga:

Kejadian ini merupakan laporan pertama mengenai jet pejuang AS yang ditembak jatuh di wilayah Iran sejak AS dan Israel melancarkan perang ke atas republik Islam itu pada 28 Februari.

Terdahulu, portal berita Axios melaporkan bahawa sebuah jet pejuang Amerika Syarikat telah ditembak jatuh oleh Iran.

image is not available
Kredit: AFP

Penilaian awal berdasarkan imej-imej yang disiarkan media tempatan mencadangkan pesawat tersebut mungkin merupakan jet pejuang F-15.

Bagaimanapun, US Central Command (CENTCOM), yang bertanggungjawab ke atas operasi ketenteraan di Timur Tengah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai laporan tersebut.