
Sebuah jet pejuang F-16 milik Amerika Syarikat (AS) terhempas di Grand Traverse County, Michigan, pada petang Khamis ketika menjalani misi latihan rutin, lapor NBC News.
Jet Pejuang F-16 AS Terhempas
Juruterbang pesawat berkenaan sempat melenting keluar sebelum kejadian dan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke sebuah hospital tempatan, menurut Polis Negeri Michigan.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Ketenteraan dan Veteran Michigan, Michael Kroll, mengesahkan pesawat itu milik Texas Air National Guard.
Menurut Jabatan Ketenteraan Texas, misi latihan berkenaan bermula dari Air National Guard’s Combat Readiness Training Center di Alpena, Michigan.
Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Blair Township, namun tiada laporan mengenai kecederaan membabitkan orang awam, kata Penyelia Perbandaran Blair, Nicole Blonshine.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Baca juga:



