Jet pejuang, helikopter Tentera Laut AS terhempas di Laut China Selatan

WorldPolitics
27 Oct 2025 • 1:47 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

ISTANBUL - Dua pesawat milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas dalam dua kejadian berasingan di Laut China Selatan semalam, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Armada Pasifik AS dalam satu kenyataan di platform media sosialnya, sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang ditempatkan di Helicopter Maritime Strike Squadron 73 'Battle Cats' terhempas pada kira-kira jam 2.45 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi rutin.

Kenyataan itu mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan semua tiga anak kapal berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian kedua, sebuah jet pejuang jenis F/A-18F Super Hornet yang ditempatkan di Strike Fighter Squadron 22 'Fighting Redcocks' turut terhempas ketika operasi rutin.

Dua anak kapal pesawat itu sempat keluar menggunakan kerusi lenting dan berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat daripada Carrier Strike Group 11.

“Semua anggota yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan stabil. Punca kedua-dua insiden kini sedang disiasat,” kata kenyataan itu. - 27 Oktober, 2025

The post Jet pejuang, helikopter Tentera Laut AS terhempas di Laut China Selatan appeared first on Scoop.